Saturday, November 15, 2008

Don't Stress

Salam tawan-tawan. Saya tahu kalian semua dalam mood stress final exam. Memandangkan sudah lama tiada entri dari author perempuan, di sini saya meluangkan masa untuk berkongsi tips untuk melepaskan tekanan. (Almaklum la kami tinggal satu paper je lagi. HEHE).

Dalam lif? Anda busan? Sila buat begini.

  1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..
  2. Pegang baju anda dengan kuat sambil menangis, "Ini bukan baju saya..Tolong..."
  3. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".
  4. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.
  5. Tanya semua orang, bila kali terakhir mereka potong kuku dan cungkil gigi.
  6. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appointment?
  7. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik... tik... tik...
  8. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapal terbang.
  9. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!".
  10. Keluarkan tisu, lap muka, dan buang di badan orang lain. Buat sampai habis 4 paket.
  11. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Oksigen cukup tak kat situ?"
  12. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.
  13. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop. kemudian cakap, "Ini dah tak lama dah ni.."
  14. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah area SAYA"
  15. Tolak semua orang keluar dari lif.

AMARAN: Dalam lif sahaja. Jangan cuba aksi ini di rumah.

P/s: Good Luck untuk internship buat semua sahabat. 8 BULAN tu. T_T

3 comments:

Anonymous said...

haha... n1

Anonymous said...

cube try test.. :P

PeJoL said...

agak2 akalu buat cam tu kene ketuk kepala x???haha