Sunday, June 28, 2009

Rumusan dan Kesimpulan Internship

Sudah berbulan kita semua intern, dan semestinya sekarang kebanyakkan anda sudah merasa busan dan ingin berhenti kerja. Kalau boleh nak jek jumpa section head pastu cakap "eh bos, esok aku tanak datang kerja, tapi gaji jalan tau"......... "lusa skali kot rasanya, sbb lusa pon malas dah nak datang, ni kalau ada kerja papa bos setel sendiri eh, aku dah malas ni..". try la buat cmtu, tapi kalau lepastu kalau siku bos korang hinggap di rusuk kanan korang, jangan tanya la sebab apa.

Tapi mesti korang ingat dulu-dulu, zaman baru nak mula benda internship nih. Semua semangat gila. Semua ingin bersungguh-sungguh intern dan mempelajari semua benda yg wujud dlm factory tuh. Darah sekor-sekor menggelegak, dan berazam ingin gigih berusaha seperti tok gajah mempertahankan kawasannya, panglima berantai mempertahankan keluarganya, dan seperti athe mempertahankan popcornnya di dalam panggung wayang. Pada masa itu sungguh indah sekali dirasakan internship ini.

Oleh itu marilah kita sama-sama meneliti semula, semangat, azam, keinginan, dan juga misi-misi yg ingin dicapai ketika internship. Tak taulah kalau korg punya misi macam mana, tercapai ke tidak , tetapi secara amnya, cita-cita awal para internee adalah seperti tertera dibawah.

1. Intern ni nak kumpul duit byk-byk, nanti nak shopping beli macam-macam.

Ye lah tu. Kumpul duit la sangat. Masa awal-awal tu kalau dpt gaji, "eh ni aku nak simpan la, aku nak guna skoler je bulan ni" .... " nnt ada la duit skit, boleh beli barang baru, erm.. nak beli ape ye nnt? hihihihi.. mesin tebu pon best".... lepas tu tgk2 keadaan menjadi lebih daif daripada duk utp akibat spend yg berlebihan. Tapi kita tak boleh nak salahkan diri sendirik juga dlm hal ini. Macammana nak kumpul duitnya kalau nasik sepinggan pon harga mcm gading gajah berukir tulisan jawi. Tuh segala tol lagi, duit minyak lagi , duit muvi, duit kawan pinjam, duit top up sendiri, duit top up kat awek, duit top up kat awek member, macam-macam la. Kalau yg duk KL tu of course la duit LRT pegi balik hari-hari. Yang rajin tu ada la pass bulanan. Hasilnya nak beli brg baru hapa pon tarak, yg pompuan nak beli brooch baru pon takbleh.

2. Intern ni nak dapat excersise byk-byk, nak dpt six pack.

Ni la cita-cita paling agung skali untuk lelaki. time intern nak dpt 6 pack. Memula tu semangat la jugak, duk sit up sikit-sikit. lepas tu sit down je byk. Balik keja ja, duk depan pc, log in game, fesbuk, etc2, buat aktiviti dalam rumah. Hasilnya? Perut gendut dan menggelebeh. Atau one pack. Lagi 5 hilang ntah kemana. Tapi sebenarnya ada jugak yg berusaha pergi jogging petang-petang, tp malangnya tak semua tempat boleh buat cam gitu. Yg kat kotaraya tu kadang-kadang nak jumpa tempat berumput pon payah. Rumput dan jadi rare. Xkan nak main bola kat sebelah mapley plak kot.

3. Intern ni nak ubah sikap. Nak jadi profesional dan berkarisma. Tak nak sikap lama.

Haha. Ni memang tak payah nak describe byk-byk. Memula tuh nak ubah jadik baik. tanak malas-malas lagi. dan Hasilnya? Bangun pagi still malas, g kerja malas, buat report malas, persentation malas. Pegi keja lambat tu mmg adat la, dan sesetengah pihak cuma pg punch card pastu balik tido. Yg kurang semangat terus je tdo dr pagi, smpai pe pagi esoknya. Kerja pon miss, makan pon miss. Jimat sikit kos katanya. Yang rajin ketika intern adalah bab-bab makan di cafe, menghabiskan makanan lepas meeting, bergosip tentang bos, makcik canteen, cashier cun dan sebagainya, melepak bermain fesbuk dan juga bersuka ria melepak. Memang aura kemalasan, tambah-tambah di pengakhiran intern ini sgt tinggi. Nmpak pintu ofis je kdg2 tu dah x da semangat. Yang pemarah pula rasa cm nak lempang org sekeliling, tanda protes malas keja.

4. Intern ni nak carik engineer laki kaya, hensem, berkharisma, nak buat laki.

Ni kbykkan cita-cita pompuan. Da jumpa ke belum? yg kaya dan berkharisma byk aku rasa, tapi byk dah terlanjur umur. Yg ada bini dua pon banyak juga.

Itula sedikit sebanyak kisah cita-cita intern ni. Memula memang semangat, lepastu hampeh. Tapi pada amnya, kalau kita berusaha dgn konsisten apa pon boley dapat. Btol. Kalau ada apa-apa azam yg tercapai kalau korang nak share pon nice jugak.tapi sebenarnya intern ni ada jugak kisah kebaikkannya, tapi takpala nanti la next entry pulak kita diskas kebaikkan intern

9 comments:

yap said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

kena tepat kat batang hidung..betol2!!

kula said...

HIHIHIHIHIHIHI...

kena sipi2 kat misai je sbb aku stil seronok g keje..
tp yg len tu kena..

openg said...

hiuhiuhiuhiuhiu...

persis dan jitu!!

F A R A H said...

ibarat kari berapi pedasnya. haha~

woody said...

sumer point missfire..
aku still smangat nk gi keje..
haha

kula said...

yeahh bon..
idup gebeng!

syfq amr said...

haha... lg satu time nak last2 ni la keja makin byk.. dlu time duk lepak2 diorg tanak bg keja... sigh..

gebeng nub oi.. manusia lain smua da bosan wei... cmna korg leh x busan ni.. haha

yap said...

aku sgt bosan even ade keje arini..so aku ponteng harini..hahahaha..sok g keje..lusa ponteng lek

woody said...

klw bosan, nmpk ngat tempat ang nub..
haha