Wednesday, June 10, 2009

Sudah Presentkah Belum?

(Sila baca tajuk entri di atas dengan nada lagu Sudah Kahwinkah Belum?)

Apakah perasaan anda bila SUDAH habis final presentation? Dan apakah pula perasaan anda bila BELUM lagi mula presentation? Bagaimana pula jika ditambah lagi dengan timbunan logbook yang membukit di kiri, kanan dan belakang anda?

Oh tiada jawapan untuk itu. Yang pastinya sudah ramai di kalangan kita yang boleh menghela nafas lega dengan berlalunya siksa presentation ini. Kadang-kadang bukan debaran untuk present itu yang menjadi masalah, tapi persiapan slide presentation, logbook dan sebagainya yang buat kepala, mood dan jiwa kita menjadi hampir mau pecah. T_T

Jadi siapa lah pula nak dipersalahkan? Yaaaa.. Angkat tangan tinggi-tinggi, turunkan sedikit sedikit dan tekan batang hidung sendiri. Eh..

Sudah habis presentation, ada lagi beban menunggu, final report pula. Wah, seronoknya jadi budak intern kan?

Untuk yang bakal present nanti, ada beberapa tips MAHAL untuk anda seperti di bawah:

  1. Pakai aje baju nomex kuning DIGI tu, tak ada markah appearance untuk anda. Proven.
  2. Kalau tidak tahu menahu, cakap aje tak tahu. Mungkin kita boleh cakap, "Let me get back to you later", "I'm not quite sure myself" atau "Perhaps my supervisor has his own opinion". Bukan apa, bila goreng, masak la kita bila lecturer itu tidak mahu makan apa yang kita goreng.
  3. Bila berdebar, sebelum kita mula present, cuba borak-borak dengan lecturer itu dahulu supaya kita tidak takut untuk tengok muka dia dan lupa pula apa nak dikata.
  4. Bila lupa jugak, nak buat macam mana. Hee~
  5. Bila kena tembak dengan banyak peluru soalan, jangan panik. Untuk berfikir, tak salah untuk berkata, "How do i put this in words for you.." atau "Let me think first so that i get the right thing to say.."
  6. Jangan lupa senyum, tenang dan body gestures itu penting.
  7. Selitkan compliments dan gratitude towards lecturer, staff dan penyokong sorak satu bas yang datang.
  8. Don't know how to accept compliments? Let say from those staffs or lecturer. Jangan tersipu. Mungkin boleh tunduk sambil silang kaki ke belakang dan angkat kaki kain seperti dalam cerita dongeng. Hee. Tapi jalan terbaik ialah dengan berterima kasih dan jangan lupa berikan pujian itu kepada orang lain juga. "Thank you very much sir. I'm very honored. But i would like to thank my supervisor for guiding me and showed me the way to stand out."
  9. Bagaimana dengan kutukan? Mungkin boleh juga berkata, "Yes, thank you for the comment. I would say there are still areas for improvement."
  10. Akhir sekali, enjoy your own presentation. Yes, we don't need unnecessary stress!

Akhir dua kali, SELAMAT MAJU JAYA dan semoga berjumpa semula di UTP!

11 comments:

syfq amr said...

haha... bakar line nmpak..

Shira-chan said...

haha, kesian.. ada lagi presentation. org lain lepak rumah tdo je... =P

iLLy said...

presentation? wow... it feels like a distant memory..

tido lagi best kan shira?

syfq amr said...

haha nasib baik da habes present...

openg said...

dah present! yahooo

woody said...

present?
apekah itu?

openg said...

itu mcm hadiah.. sume org suke kot... ko xsuke??haha

F A R A H said...

bukan la. macam kuey tat keju bluberi. fuyoh sedap gils.. XD

FIR a.k.a DAK-US said...

i like it!!

naza sundae said...

weeehhhh betol laa... dem, final present buat aku jadi bengong smggu

yap said...

aku kena point no 4..dem..jd phua chu kang terus dlm tuh..