Saturday, July 25, 2009

Dinner Batch? Perlukah???

Ya kawan-kawan.. perlu!!!

Ok, I know that since this semester is the last time that we (as a batch) will be together, so we're supposed to be having our batch dinner this semester. Ramai jugakla yang dah tertanya-tanya, when is our batch dinner, what will be the pre-event and all, but the questions are useless without someone who would like to kickstart this prestigious event. Ceewah!

So, aku dengan ini, dengan segala hormatnya kepada semua warga batch July05, ingin mengambil tempat sebagai kickstarter untuk mencari komiti batch dinner kita ini. Setakat ini, aku dah list-kan nama-nama yang sesuai untuk diletakkan dalam position-position tersendiri, daripada Project Manager (it would not be me), sehinggalah ke department-department yang ada, sehinggalah ke MC's.

Jadi, harapan aku, semoga kita semua akan memberikan sokongan kepada event kita ini. If I pm any of you guys asking for your involvement, I'm expecting a 'Yes' instead of a 'No'. I know that most of us will be busy with our FYP 1 or 2, but hopefully, the road to organising this pre-dinner activities and the dinner itself will not be difficult and time-consuming. Kalau kita kerja efficiently, insyaAllah, there will be no problem.

And to those yang rasa-rasa sangat berkarisma to be the committees, you are always invited to pm me via my gtalk = wathellfreek. These are the positions that we have:

PM
APM
SU
Treasurer 1
Treasurer 2

Depts: CnP + Performances, Logistics, FnB, Games & Events, Sponsor & Finance

As for the Media and Technical, I have the Sepit Baju Geng and any photographers from our btach in my mind for he position. Guys, please respond if you guys are up for this.

And as for the Promotion & Publications, if you guys have multimedia prowess, we will team you guys up with the myJuly05 moderators for the promotion of this event. All of you that has your personal blogs will definitely be involved with the promotions as well. :)

Ok, sampai di sini dulu. I'll update you soon!!!


Ismal.

Wednesday, July 15, 2009

Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2009


MAJLIS Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-52 yang bermula esok (14 Julai) hingga 18 Julai adalah acara dinantikan mereka yang mengikuti perkembangan qari dan qariah serta ternanti-nantikan kemunculan mereka memperdengarkan bacaan merdu ayat al-Quran.

Bertempat di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak, seramai 29 peserta mewakili 14 negeri bakal memeriahkan majlis yang mengajak umat Islam dan bukan Islam yang berminat untuk mendalami ilmu pembacaan al-Quran secara berlagu.

Petikan Berita Harian


Jejom ke Dewan Canselor

Wednesday, July 8, 2009

Make Way ! We're Coming Your Way.. :)

Pejam celik, celik dan pejam lagi. Eh, sudah 8 bulan kita digelar budak intern. 3 bulan pertama dulu terasa macam, "Arghhhh lamanya masa berjalan. Rasa macam berhenti je." 3 bulan terakhir pula, "Eh, seyes weh. Kalendar aku dah bulan 5!". Saya tak pasti tentang kamu semua, tapi sikit sebanyak hati ni agak keberatan dan terkesan. (Eceh)

Kawan-kawan, kita dah hampir mencecah 'road to final year'. Bunyi macam sangat hebat kan? Ala-ala bintang filem yang dihampar permaidani merah dan disilaui sinar lampu kamera di sana sini. Kita jadi watak utama di universiti, 'Senpai' yang dihormati dan disegani.

Untuk sebahagian lagi teman-teman kita, mereka cuma tinggal satu semester je lagi sebelum tamat belajar. Kita juga akan sampai di simpang tu juga. Masa tu perasaan keberatan akan timbul lagi, tapi mungkin lebih dalam sebab nak tinggalkan kawan-kawan sepermainan, sepermakanan, seperkelasan dan seperumpatan yang kita bina sejak 5 tahun sebelumnya.

Jadi apa yang kita bawak dari pengalaman internship 8 bulan ke UTP? Ada perubahan ke pada diri kita? (OK, mari tidak sebut perkataan berat badan, hehe). Kita makin rajin? Hargai masa? Hargai kawan yang hilang di mata? Hargai usaha membuat logbook tanpa meniru? Lebih hormat terhadap tenaga pengajar?

Masa internship ni baru kita kenal diri kita. Lagi-lagi bila intern tak berteman, kita akan jadi lebih bergantung pada diri sendiri. Kalau di UTP, lab report manjang je meniru, kali ni ada rasa usaha nak buat sendiri. Kalau di UTP, kita saling menyakiti, kali ni kita rindu pada kawan yang buat kita jengkel dulu. Kita alergik bila dengar perkataan lecture, sekarang kita tak sabar-sabar nak jejak kaki ke dewan kuliah lagi.

Awal dulu, menjadi seorang trainee sangat membanggakan. Kita develop rasa sense of belonging terhadap host company, tanpa kita sedari lama-kelamaan perasaan yang sama terhadap UTP dilupakan. Sekarang baru rasa tu kembali. Banyak ketidak puas hatian kita, hati remaja yang memberontak atas semua kelemahan UTP, sebab kita darah muda. Sampai saat bila waktu dah menginjak ke hujungnya, tak ada tempat yang kita sanggup habiskan masa bersama kawan-kawan kecuali di UTP.

WAH! Sangat patriotik entri kali ni. The whole point is, saya pun tak tahu. Kena pikir dulu. HAHA~

Betul ke nih?

Selamat Sejahtera.

Semestinya banyak antara korang yg dah mendengar, melihat, atau membaca pasal isu hangat sekarang nih.Isu pe? Syhh. Diam-diam sikit. Nanti diorg dengar. Susah.

Isu ni pasal sebuah organisasi besar yg byk bg support kat pelajar-pelajar yg dekat uni kita ni la. Ya dia memangsupport kita. Kalau tak salah, awak yg sedang membaca ni pun organisasi tu support.

Membebel banyak sangat pon takda makna, baik truskan ke isu tuh. Isunya berkenaan seseorg perempuan yg nak masuk organisasi tuh, dia dilarang untuk berkawin dengan org yg sama daripada organisasi tersebut. Sekiranya kahwin jugak, dia terpaksa meletakkan jawatan. Atau suaminya. Gantirugi dibayar.

Cmna nih? Apa dah jadi? Nak kata rumours, benda dah hitam putih. Nak kata tipu, memang ada bukti. Ni apa nasib kalau jadi camnih kat kita? Tak terasa pelikkah tindakkan yg macamnih? Sebab apa perlu dilarang berkawin? Tak taulah pendapat korang macam mana, tapi, kat dunia mana pun, kat syarikat mana pun, kecik ke, besar ke, yakni keja kedai runcit sekalipun, sukahati kitalah nak kawin dengan sapa pun. Hak kita. Hak asasi manusia kot. Ni tak bagi pulak. Apehal?

Ada yg mengatakan , bahawa syarat tu untuk si dia tuh saja. Syarat tuh tak ada kena mengena dengan kita. Syarat tuh belum lagi official. Mungkin betul. Mungkin tak. Bayangkan kalau di hitam putihkan secara menyeluruh nanti, masa tuh macammana? Yang couple-couple nih lagila. Lagila teruk kot. Nak clash dengan awek korang ke sebab nak kerja kat sini? dah elok-elok bersama, nak kena pisah plak. Sigh.

Sigh. Aku menulis nih pun , bukanlah sebab marah ke apa. Tak bermaksud aku menghasut semua org suruh buat mogok lapar dan dahaga. Tak bermakna aku mengata syarikat ni tak bagus ke apa.Tak. Tak. Lagipun nanti aku juga kena. Cuma simpati la mengenangkan nasib si dia yg termaktub dalam surat tuh. Sigh. Tak taulah kalau cara ni dah lama dipraktikan kat syarikat besar lain ke hapa ke, tu aku tak pasti la. Tapi ni soal kawin kot. Sukahatilah. Kan?

Tapi sebenarnya tak boleh jugak nak menuduh sana sini. Hujung pangkal cerita ni pon, sapa pun tak tahu. Yang ada cuma sekeping document. Sekeping document yg entah daripada mana asal usulnya. Kalau baca memang terasa hati, marah ada la kot sikit-sikit. Tapi yg nyata, terkejut. Kalau nak, mintaklah dengan kawan-kawan korang. Mereka mesti ada punya. Kalau takda, mintak kat aku.

Apa pendapat korang tentang isu nih?