Friday, December 18, 2009

Salam Awal Muharram!

Salam Maal Hijrah 1431H! Khasnya buat semua kawan yang beragama Islam.

Apa khabar? ^_^

Sebelum tu, (tiup-tiup habuk mana yang patut). Sekian lama blog ni tak dikemas kini. Semoga ketibaan tahun baru ini memberi makna buat kita semua, kita pasang azam baru dan moga pintu rezeki terbuka luas untuk kita nanti.

Sepanjang cuti ni saya pasti ramai di antara kita yang:

  1. Goyang kaki dan jadi bibik di rumah sendiri
  2. Buat kerja part time
  3. Dengan teguhnya balik UTP dan dengan 'RAJINNYA' siapkan FYP. He he.
  4. Melancong
  5. Shopping. (Year End Sale!)
  6. Yang dah grad pulak ada yang dah mula masuk alam pekerjaan. Btw, tahniah!
  7. Melepak di KFC baru tiap-tiap hari
Kami yang masih lagi tinggal satu sem sangat cemburu buta. Memang tak sabar mahu grad dan hidup berkerjaya. Tell us. Best ke kerja? Agak teruja. :P

This is just a short one. Untuk budak engineering, kita jumpa next sem. The rest, kita jumpa on the day of graduation nanti. Insyaallah. Till then, take care!


1 comments:

iLLy said...

all i can say is, take ur time sweetheart. it's a whole new ballgame