Saturday, January 30, 2010

Golden Nugget Kembali Lagi!!

..Mampukah pasukan-pasukan lain mengekang kemaraan pasukan Golden Nugget yang dibarisi pemain-pemain muda, hebat, berkaliber dan gagah? Ya Golden Nugget kembali lagi, dan mahu meneruskan perjuangan di medan UTP league edisi kali ini. Ramai muka-muka baru telah diterapkan untuk menerajui setiap posisi di padang dan pastinya ini telah membangkitkan semangat yang jitu dikalangan ahli pasukan untuk mencari kemenangan.

..Dengar sahaja nama Golden Nugget ini, ramai pihak telah berasa takut dan curiga, apatah lagi was-was. Belum lagi sepak mula, ada pasukan-pasukan yang dengar kata ingin meminta pulangan duit pendaftaran akibat cuak yang melampau. Yang nak rasuah pengadil pun ada. Yang tak berbakat tu lagilah, terus berhenti bermain bolasepak dan berjinak-jinak dengan batu seremban. Kerana takut juga, team Avatar telah berhenti bersukan dan menerbitkan filem. Onitsuka Tiger yang hebat itu pun tiba-tiba sahaja intern pada semester ini. Apa lagi alasan yang ada selain cuak kepada Golden Nuggets?

..Pengurus-pengurus pasukan lain pula dikatakan bersembahyang hajat setiap hari sejak sebelum masihi demi mengelakkan pasukan mereka daripada diundi sekumpulan dengan GN ini. Tidur-tidur mereka pon tidak nyenyak dak diselangai mimpi-mimpi ngeri hantu bermuka kapten Golden Nugget (Paik). Sampai begitu sekali aura Golden Nugget ini.

..Cerita mengenai pembelian pemain-pemain baru juga tak kurang kontroversi.Arsene Wenger juga telah menghubungi Pengurus GN , Kuchai, kerana tidak berpuas hati kerana membatalkan deal membeli Fabregas di saat akhir. Kami difahamkan hal ini kerana Fabregas kerana disifatkan terlalu lembut. Kuchai juga tak berminat membeli Chamakh kerana terlalu murah dan hasrat membeli Ronaldo juga ditamatkan kerana dia perlu menyesuaikan diri dengan liga disini.Harga bukan masalah di sini. Oleh itu, antara muka-muka baru yang terpilih adalah Fikree Openg, Ketong, Azhiim dan Togey.

...Jersi baru Golden Nugget pula seperti yang dipaparkan dibawah.

Maaf kerana Ashton Kutcher tak dapat hadir ke sesi penggambaran jersi. Kami menggunakan model yang sedia ada.

Jersi nampak hebat bukan? Seperti kelibat pemain Sepanyol yang gagah memenangi piala EURO. Di liga tempatan tak tumpah seperti Pasukan Kelantan yang saban minggu bertumbuk dengan pasukan lawan. Oleh itu apa lagi, marilah kita bersama-sama menyokong pasukan Golden Nugget pada Edisi UTP League kali ini!


Sunday, January 24, 2010

Baju Jersey el-NINO

Salam & hye semua..1st of all welcome back 2 UTP..pejam celik dah finaL year rupenye kite..huhu..For ur info utk UTP leauge dis sem setahu aku akan ada 2 team from our batch will participate..So, utk tidak membuang masa aku nak promote jersey utk team el-NINO..sapa yg berminat bole usha detail kat bawah..


T-Shirt (Lacoste) RM 27




Baju jersey (kain mock neck) RM 35

*”BAJU SAHAJA” + sulam logo (front) + printed “el-NINO (back)

*TANPA NOMBOR


Tempahan sblm 1st Feb 2010

Utk tempahan baju batch or souvenirs bole dibuat gak.. in case if kita semua berminat nak wat souvenirs utk bdk2 batch kita J

Any inquiries:

Akram - (shonan87@gmail.com)